Pages

Labels

Sunday, 16 December 2012

NEWS >> Birthday Tun Mahathir


Hi u'alls...

Tadi ML outing dengan abah ML kat KLCC... Borak punya borak, terkeluar cerita yang abah ML baca surat khabar tentang sambutan hari jadi Tun Mahathir dan yang syoknya Datuk Shah Rukh Khan pun attend sekali jadi tetamu khas... Sanggup tu Datuk SRK fly dari London semata-mata nak attend event ni...

Bila balik rumah apa lagi, ML pun meng'Google' story ni...

Ni petikan dari MStar Online:
PETALING JAYA: Aktor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan mengakui dia kagum dengan cara dan falsafah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan negara.
Shah Rukh Khan berkata, dia sering mengikuti falsafah Mahathir yang memandang sesuatu perkara 'di luar kotak' dalam setiap keputusan atau perancangan yang dilakukan.
"Saya mula mengenalinya sejak 15 hingga 20 tahun yang lalu.
"Sejak mengenali Mahathir hidup saya lebih bermakna kerana beliau umpama mentor dan inspirasi buat diri sendiri.
"Falsafah yang dimiliki oleh beliau (Mahathir) amatlah luar biasa dan saya sering cuba mengikut cara dia berfikir dalam melakukan sesuatu perkara," katanya kepada mStar Online.
Shah Rukh ditemui selepas meraikan ulang tahun Mahathir ke-87 yang dianjurkan jenama sut lelaki, Lord's Tailor di Hotel Le Meridien, dekat sini pada malam Jumaat.
Aktor yang merupakan tetamu khas pada majlis tersebut turut menghadiahkan lagu ulang tahun 'belated birthday' dan Kuch Kuch Hota Hai kepada Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Pada majlis tersebut, Shah Rukh berkata, bapa pembangunan negara itu merupakan sahabat karibnya dan dia akan memastikan untuk berjumpa dengan beliau beberapa kali dalam setahun.
Sementara itu, Mahathir yang menyambut hari lahirnya pada 10 Julai lalu berkata, dia gembira apabila aktor tersebut sanggup menghadiri majlis tersebut.
"Terima kasih Shah Rukh kerana sanggup terbang dari London, England untuk bersama dengan saya.
"Kalau nak tahu rahsia untuk kekal awet muda, kita kena sambut hari lahir dua kali setahun macam saya. Baru dapat hadiah banyak," selorohnya ketika memberikan ucapan.
Seramai 200 tetamu daripada kalangan orang kenamaan dan selebriti diundang ke majlis sambutan tersebut.
Antara selebriti yang hadir ialah Umie Aida dan suami Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Eja dan suami, Sofea Jane dan Fizz Fairuz.
Penyanyi Amanda Imani dan Datuk Yusni Hamid menghiburkan tetamu dengan iringan muzik Datuk Mokhzani Ismail.

Gambar-gambar di bawah ni semuanya dari mStar Online...
(Credit to mStar Online)

Bawah ni pula petikan dan gambar dari Shahrukhkhan.org
Guess who we managed to honour last night? Shah Rukh Khan, the King of Bollywood, was conferred The BrandLaureate Legendary Award by the Asia Pacific Brands Foundation for contribution to the Bollywood film industry and as India's foremost brand ambassador. Khan is the undisputed King of Bollywood and is well known as a leading light in the world of entertainment. It is the universal appeal of Datuk Khan that has secured his legendary status and it is thus reflected in the award bestowed upon him.

The award was presented in conjunction with the 87th birthday of Tun Dr Mahathir Mohamad.

The BrandLaureate ‏@brandlaureate

We awarded The BrandLaureate Legendary Award to the King of Bollywood, Shah Rukh Khan@iamsrk! http://fb.me/1pCk18TsH #SRK pic.twitter.com/rt6vPzx1


Yang ni crop dari Twitter Datuk SRK


Till Next Time... ^____^

P/S: Rahsia awet muda = sambut hari lahir dua kali setahun macam Tun M... 
       Haha... comel je tips Tun M...



2 comments:

  1. 2x setahun? hehhe more than 2 pun bley lina...yg ptg happy always baru jiwa senantiasa bahagia...bru pjg umur :) good entry...x tau pun SRK pun dtg sambut besday Dato M...wahhhh glammmmm

    ReplyDelete
  2. hehe... betul tu kak juju... every month pun leh sambut kan... berkali-kali ganda mujarab awet muda... glamm gitu... thanks kak juju... ^___^

    ReplyDelete