Pages

Labels

Friday 17 August 2012

Banned Dalina Design

Kisahnya kedai ni ramai yang dah terkena termasuk officemates Mizz Lina (ML)... Sedih tau... Dah nak raya ni tapi baju raya tak siap lagi... Hantar kain beberapa bulan sebelum puasa/raya tapi tak siap2 sampai laa ni... Memang la ML tak kena tapi ML sebagai teman, tak puas hati la jugak... 

So sebelum orang lain terkena, harap ada yang jumpa entry ML ni sebelum hantar kain kat sana. Lagi bagus baca entry Kak Mimi ni... Lagi detail ceritanya... Berhati2 lah ye... Seperti kata Kak Mimi "bkn nak berniat nak tabur periuk nasi org dgn pasir tp dia sndri yg tabur pasir dlm periuk nasi sdri...dan juga supaya korang berhati2 dan berjaga2 jerlah..."

Ada satu komen dalam blog Kak Mimi ni... Dia nak nak kahwin akhir bulan ni... Hantar baju kat Dalina Design ni dari bulan Februari... Siap bayar deposit lagi... Adoi... Kesian sangat kat dia... 

ML selalu beli siap jer... So far confident dengan tailor peribadi iaitu nenek ML sendiri... Tetapi beliau dah bertahun2 tak leh menjahit sebab biasa la...mata dah kurang jelas, jari macam dah numb sikit... Tak apalah Wan... Yang penting Wan sihat... <3
Credit to Kak Mimi
p/s: kalau ada tailor yang bagus2 di luar sana, harap dapat recommend kat ML ye...

0 comments:

Post a Comment