Pages

Labels

Monday 6 August 2012

Ramadhan 1433 >> Hari Ke-17

Assalamualaikum...
Apa khabar semua?
Pejam celik, pejam celik dah 17 hari kita berpuasa kan...
Tak lama lagi nak raya dah...

Mizz Lina (ML) bukan nak cerita pasal raya lah... hehehe...
Entry kali ni ML nak share menu berbuka ML sekeluarga pada 17 Ramadhan 1433...
Family ML datang KL, jalan-jalan kat Jalan TAR, Masjid India dan kawasan sekitarnya...
Al maklumlah, Selangor cuti sempena Nuzul Quran...
So, ramailah orang Selangor naik KL termasuklah family ML...

Lepas punch out, ML terus drive pergi SOGO... Nak booking tempat untuk berbuka...
Dari office ML nak ke SOGO paling cepat 5 minit leh sampai tapi jem punya pasal, 
setengah jam baru sampai. 
Ai...masa tu rasa kalau jalan kaki lagi cepat sampai...

Sampai SOGO, ML park kete kat B2. 
Pastu terus naik pergi Fish Mahattan (dah lama tak makan kat sini tau...). 
Yang tak syoknya dah fully booked... 
Tak apalah, bukan rezeki kami nak makan kat sini...

So, ML beralih ke kedai sebelah iaitu NANDO'S...
Nasib baik banyak seat kosong lagi masa ML datang...
Kalau datang sini nak booking seat kena terus order dan bayar...
ML order set untuk 4 orang yang adik waiter tu suggest...
4 x Peri Soup
4 x 1/4 Chicken
4 x Large Sidelines
4 x Ice Lemon Tea (or boleh pilih softdrinks)

Total harga termasuk taxes = RM XX.xx
Got the idea how much it is? hehehe...

Untuk ayam ML ambil semua sama, Mild... 
Kalau nak pedas, sos Hot Peri-Peri dan Extra Hot Peri-Peri ada... Sendiri tambah ye...
Peri Soup memang fixed, dapat Chicken Mushroom Soup...
Untuk sidelines, ML pilih Peri Wedges, Peri Chips, Coleslow dan Potato Salad...
(Abah kata jangan ambil nasi masa tu...)

Walaupun menu untuk 4 orang tapi cukup untuk kami berlima makan...
Puas hati la makan kat sini... Macam biasa sedap pula tu...

Silalah ushar2 gambar kat bawah ni ye... ^_^
Chicken Mushroom Soup
1/4 Chicken - Mild
Peri Wedges
Peri Chips
Hot Peri-Peri and Extra Hot Peri-Peri
Tomato Sauce and Garlic Peri-Peri

0 comments:

Post a Comment