Pages

Labels

Monday, 18 March 2013

FOODS >> Papa John's @ KL Festival City

Assalamualaikum...
Ni entry bab makan lagi ye...
Kali ni ML dan MJ makan kat Papa John's @ KL Festival City (2/3/2013)... Ala yang dekat dengan Uptown Danau Kota tu... Kalau tak tau, silalah Google ye...

MJ habis kelas lewat petang hari Sabtu... ML pula baru lepas tournament bowling. Lepas jemput MJ, plan nak pergi NSK tapi hujanlah pulak... Hujan-hujan ni, kami lebih prefer masuk shopping complex... Malas nak redah hujanlah katakan... 

Masa sampai tu, masing-masing dah lapar giler... So before beli barang dapur kat Econsave, nak makanlah dulu... Ushar dulu kedai mana nak makan... Papa John's ni tak pernah try lagi makan kat sini dan bila compare harga kalau makan dua org kat kedai lain, macam lebih kurang je, so kami pilihlah Papa John's...

Kami pilih Friends and Family Set Meals = Set Meals A (for 2 persons)... Gambar menu kat bawah ni ambil dari website Papa John's... 
Environment/atmosphere kedai ni cozy and English style sikit... Selesa dan berselera je makan kat sini...
About the foods, biarlah gambar menceritakan segalanya... Layansss...!
Mountain Dew and 7-Up
Pizza and Wedges
Texas Heat Pizza
Wedges panas-panas
Breadsticks panas-panas
butter sauce, unique chilli sauce, tomato sauce
Like this two... Sedap...
Breadstick dip into butter sauce... panas-panas...Yummy!
Wedges with unique chilli sauce... Yummy jugak!!
Nak extra pedas, makan dengan cili jeruk ni...fuh!
RATING
Suasana kedai = 10/10
-Bersih, kemas, ample space between tables-

Makanan = 9/10
-Sedap, unik, worth to try-

Servis/Layanan = 8/10
-Cepat, waiter pun peramah, layan dengan sopan dan pandai recommend menu-
Dapat 8/10 sebab kami order desert ice cream dan minta hantar lepas habis makan. Sampai 3 kali minta, tak dapat-dapat. So, bangun dan terus bayar bil kat kaunter minta cancel ice cream tu. Masa tu dah pukul 9.30 kot. Takut tak menyempat beli barang kat Econsave.

Nak pergi lagi tak?
Mestilah nak...! ahaks..

Recommended?
Yes, ML recommend u'olls to try. Something different to try out.



Thursday, 14 February 2013

HIJAB >> Inner Ayraa Satin by Al-Humaira Contemporary (AHC)

AT LAST!
Sampai juga akhirnya parcel yang dinanti-nantikan...
Hari Jumaat (8/2/2013) pukul 8 pagi AHC bagi diskaun 40% untuk inner AYRAA SATIN...
ML apa lagi... Masuk office, terus tunggu depan PC, browse color mana yang nak beli sambil tunggu jam pukul 8 am... Cantik-cantik warnanya sampai rambang mata nak pilih...
Kalau ikut nak warna kuning emas dan hijau tapi tak banyak baju ML boleh matching, jadi ML pilih warna selamat iaitu greyish taupe color (code AST 01) and dark chocolate color (code  AST 10).
Sejuk je kainnya... Jahitan pun kemas...
Di belakang leher ada cerut, so bila pakai akan nampak kemaslah seperti dalam gambar di bawah ni... Credit to AHC
Code AST 01
Code AST 10

Retail Price : RM49.00
Harga ML Beli : RM29.40 (diskaun 40%)

Kalau berminat, boleh beli online di website AHC >> http://www.alhumairacontemporary.com/

Atau boleh pergi ke butik AHC:

AL-HUMAIRA CONTEMPORARY
10-G, JALAN PJU 5/20D
THE STRAND
47810, KOTA DAMANSARA
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-6142 6200
TUESDAY TO SUNDAY 10 AM TILL 8PM. CLOSED ON MONDAY.