Pages

Labels

Friday 24 August 2012

FOODS >> PopCorn

Hai semua...
Suka makan popcorn tak?
Sekarang ni popcorn flavornya bukan setakat karamel jer...
Ada cheese, ada kopi, ada coklat... Huih, tak terlist semua kat sini...
Jumpa tak jumpa je...
Meh Mizz Lina (ML) nak memperkenalkan GARRET POPCORN...
Location KLCC ye, sebelah Candylicious...
Ada banyak menu popcorn kat sini...
Antaranya The Chicago Mix, Buttery or Plain, Caramel Crisp, CheeseCorn dan Caramel Crisp with Almonds or Cashews or Macadamia...







Favorite ML = Caramel Crisp...
Abang kedai ni dengan baiknya bagi test makan caramel campur cheese iaitu The Chicago Mix...
Mula2 ML pun teragak2 juga...
"Sedap ke campur dua nie?" ML bermonolog dalam hati...
Ah, belasah jer la...
Mmmmm... yummm... Sedapnyer...!!!
Rasa dia masam2 manis...
Cheese tu yang bagi rasa masam and karamel bagi rasa manis...
Tapi tak beli la The Chicagi Mix sebab masa tu dah set nak makan Caramel Crisp...
At the end MJ beli Caramel Crisp...

Sesiapa yang nak merasa kelainan Garret Popcorn ni, silalah singgah di KLCC...
Rasanya Garret Popcorn ni ada cawangan lain tapi ML tak sure kat mana...
Nanti Google la ye... (^_^)


Friday 17 August 2012

Banned Dalina Design

Kisahnya kedai ni ramai yang dah terkena termasuk officemates Mizz Lina (ML)... Sedih tau... Dah nak raya ni tapi baju raya tak siap lagi... Hantar kain beberapa bulan sebelum puasa/raya tapi tak siap2 sampai laa ni... Memang la ML tak kena tapi ML sebagai teman, tak puas hati la jugak... 

So sebelum orang lain terkena, harap ada yang jumpa entry ML ni sebelum hantar kain kat sana. Lagi bagus baca entry Kak Mimi ni... Lagi detail ceritanya... Berhati2 lah ye... Seperti kata Kak Mimi "bkn nak berniat nak tabur periuk nasi org dgn pasir tp dia sndri yg tabur pasir dlm periuk nasi sdri...dan juga supaya korang berhati2 dan berjaga2 jerlah..."

Ada satu komen dalam blog Kak Mimi ni... Dia nak nak kahwin akhir bulan ni... Hantar baju kat Dalina Design ni dari bulan Februari... Siap bayar deposit lagi... Adoi... Kesian sangat kat dia... 

ML selalu beli siap jer... So far confident dengan tailor peribadi iaitu nenek ML sendiri... Tetapi beliau dah bertahun2 tak leh menjahit sebab biasa la...mata dah kurang jelas, jari macam dah numb sikit... Tak apalah Wan... Yang penting Wan sihat... <3
Credit to Kak Mimi
p/s: kalau ada tailor yang bagus2 di luar sana, harap dapat recommend kat ML ye...

Tuesday 14 August 2012

HIJAB >> Inner Neck Arzu dan Inner Arzu

Assalamualaikum dan hai...

Mizz Lina (ML) baru2 ni beli Inner Neck Arzu dan Inner Arzu.
Beli kat mana?
Beli kat KLCC, kat bahagian tengah2 tu yang ada banyak 
kiosk2 kecik sepanjang Ramadhan ni.
KLCC decorate centercourt tu dengan rumah kampung...
Cantik sangat...
Antara butik yang buka kiosk kat tengah tu ialah Arzu dan Hajaba.

Mula2 nak tengok2 je inner neck sebab memang dah lama nak ushar tapi MJ pula dok provok kata nak datang bukan senang, so kena beli masa tu gak...
Dah la masa tu lom gaji...
ML pun termakan la ke'provok'kan MJ...
Tapi...ML dera MJ dengan suruh dia testing inner neck tu...
Saja malas nak buka tudung sendiri untuk testing... hehehe...
Tengok MJ pakai elok je, ML pun beli lah satu warna krim putih...

Inner neck ni sedap pakai...
Material kurang pasti (maybe cotton campuran), strechable dan berawning lembut...
Tapi agaknya bentuk muka ML tak sesuai dengan inner neck ni, awning dia tak cantik terbentuk... huhuhu... --_--
Ada tak tips nak kasi awning lembut ni terbentuk cantik?
Kalau sembur fabric starch boleh ke?
ML tak pernah pakai fabric starch...

Yang syoknya, selang sehari dua pastu, ML dan MJ datang lagi kat KLCC...
Masa tu dah gaji, ML pun saja gatai-gatai nak ushar lagi kat kiosk Arzu...
Dah tak nak beli inner neck dah...
ML ushar inner pulak...
Ingatkan inner dia jenis yang berlubang kat dua2 hujung, rupanya tidak...
Dia macam serkup tudung yang biasa kita pakai warna putih tu...
Alaaa...yang beli kat Mydin tu... (macam la semua orang beli kat Mydin kan =p)

Memang selesa la pakai inner ni...
Material cotton and strechable...
ML beli tiga warna > hitam, krim, oren...
Pilihan warna memang banyak...
Masa nak pilih tu memang rambang mata...
Macam nak beli je semua color yang ada tu... (nampak sangat tamak ye... huhu...)
Packaging in plastic zip
Warna : Hitam, Jingga, Krim
Bila buka, macam serkup/anak tudung biasa - tak ada lubang-lubang macam serkup yang beili kat Mydin tu... ^_^




p/s: hari ni pakai inner Arzu pergi kerja... ^_^
nanti ML upload gambar ye...

Tuesday 7 August 2012

K.DRAMA (COMPLETED) >> I DO, I DO

Hai semua...
Entry kali ni Mizz Lina (ML) nak story pasal drama Korea a.k.a. KDrama yang 
ML baru habis tonton...

I DO, I DO
Sumber : Google

Synopsis from KimchiDrama
Kim Sun-ah will play Hwang Ji-an, a thirtysomething top shoe designer, who commands the attention of a room and always looks impeccable. At work, she’s basically described as The Devil Wears Prada‘s version of a boss, which means of course that her life will come crashing down to earth off her self-made pedestal, when she takes her first left turn from The Life Plan by sleeping with the rookie. The hero, Park Tae-kang, is a naive but ambitious new hire at the company, who’s got nothing but a high school diploma and a good work ethic to his name.
Total Episodes: 16
Status: Completed
Genres: romance, comedy

Synopsis from KoreanDrama.org
A drama based on an original comic.
Hwang Ji An (Kim Sun Ah) is a successful mid-30′s career woman (Director in shoe company) with a bright future ahead until she gets into an “accident” one night with the company new employed young male co-worker, Park Tae Kang (Lee Jang Woo) who used to be a fake shoe maker and always ready to run away whenever police raids. 
Her life and career gets thrown in chaos upon learning that she has became pregnant with his child.
Her strongest rival, Yeom Na Ri (Im Soo Hyang) takes the chance of that moment to overthrow her company position while she meets again with her old love, Jo Eun Sung (Park Gun Hyung) who has became her Gynecologist.


Main Cast
Kim Sun Ah as Hwang Ji An

Lee Jang Woo as Park Tae Kang

Park Gun Hyung as Jo Eun Sung

Im Soo Hyang as Yeom Na Ri

Review
ML memang suka sangat drama ni...
Kim Sun Ah bawa watak Hwang Ji An dengan strong dalam drama ni...
Hwang Ji An melambangkan seorang wanita moden yang 
berkejaya dan passion dia hanyalah pada kasut...
Ada kalanya dia tak dapat decide solution sesuatu masalah 
tapi dia sentiasa cari jalan penyelesaian tanpa putus asa...
Once she decided what she want to do, she'll do it with confidence...
Daebak!!! <3

Dari segi pakaian, semua yang Kim Sun Ah pakai dalam drama ni memang cantik2 belaka...
Kasut pun cantik2... Memang heaven lah tengok drama ni bagi orang yang suka berfesyen sebab drama ni banyak menonjolkan fesyen baju dan kasut...
Best! Best!! Best!!!

ML memang recommend anda semua tengok KDrama I Do, I Do ni...
Ada juga moral2 baik yang boleh kita belajar dari drama ni...

Rating
9/10

Recommended?
Yes!



p/s: sekarang tengah tengok Bridal Mask tapi baru airing sampai episod 18 out of 28.

p/s: apa yang ditulis dalam blog/entry adalah padangan peribadi ML. It's just the matter of personal preferences. thank you <3



Monday 6 August 2012

Ramadhan 1433 >> Hari Ke-17

Assalamualaikum...
Apa khabar semua?
Pejam celik, pejam celik dah 17 hari kita berpuasa kan...
Tak lama lagi nak raya dah...

Mizz Lina (ML) bukan nak cerita pasal raya lah... hehehe...
Entry kali ni ML nak share menu berbuka ML sekeluarga pada 17 Ramadhan 1433...
Family ML datang KL, jalan-jalan kat Jalan TAR, Masjid India dan kawasan sekitarnya...
Al maklumlah, Selangor cuti sempena Nuzul Quran...
So, ramailah orang Selangor naik KL termasuklah family ML...

Lepas punch out, ML terus drive pergi SOGO... Nak booking tempat untuk berbuka...
Dari office ML nak ke SOGO paling cepat 5 minit leh sampai tapi jem punya pasal, 
setengah jam baru sampai. 
Ai...masa tu rasa kalau jalan kaki lagi cepat sampai...

Sampai SOGO, ML park kete kat B2. 
Pastu terus naik pergi Fish Mahattan (dah lama tak makan kat sini tau...). 
Yang tak syoknya dah fully booked... 
Tak apalah, bukan rezeki kami nak makan kat sini...

So, ML beralih ke kedai sebelah iaitu NANDO'S...
Nasib baik banyak seat kosong lagi masa ML datang...
Kalau datang sini nak booking seat kena terus order dan bayar...
ML order set untuk 4 orang yang adik waiter tu suggest...
4 x Peri Soup
4 x 1/4 Chicken
4 x Large Sidelines
4 x Ice Lemon Tea (or boleh pilih softdrinks)