Pages

Labels

Monday 31 December 2012

2013

Assalamualaikum!!!

Esok je dah nak masuk Tahun 2013...
Wah tak sangka masa cepatnya berlalu...

Di sini Mizz Pieces ingin mengucapkan kepada semua
Selamat Tahun Baru 2013...!!!

Nah bungi api untuk korang... 
Boom! Boom! Boom!

Tuesday 18 December 2012

SONG >> Christina Perri - A Thousand Years

Bila dengar lagu ni, teringat last scene dari movie The Twilight Saga : Breaking Dawn - Part 2...
Rasa sweet and romantik sangat-sangat...
Siapa yang dah tengok Part 2 ni, mesti faham apa yang ML nak sampaikan... 
Siapa yang belum tengok, ML recommend you to watch this movie...
Enjoy the song!

Christina Perri - A Thousand Years
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid 
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid 
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you 
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid 
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
Christina Perri - A Thousand Years (Official Music Video)

Sunday 16 December 2012

NEWS >> Birthday Tun Mahathir


Hi u'alls...

Tadi ML outing dengan abah ML kat KLCC... Borak punya borak, terkeluar cerita yang abah ML baca surat khabar tentang sambutan hari jadi Tun Mahathir dan yang syoknya Datuk Shah Rukh Khan pun attend sekali jadi tetamu khas... Sanggup tu Datuk SRK fly dari London semata-mata nak attend event ni...

Bila balik rumah apa lagi, ML pun meng'Google' story ni...

Ni petikan dari MStar Online:
PETALING JAYA: Aktor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan mengakui dia kagum dengan cara dan falsafah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan negara.
Shah Rukh Khan berkata, dia sering mengikuti falsafah Mahathir yang memandang sesuatu perkara 'di luar kotak' dalam setiap keputusan atau perancangan yang dilakukan.
"Saya mula mengenalinya sejak 15 hingga 20 tahun yang lalu.
"Sejak mengenali Mahathir hidup saya lebih bermakna kerana beliau umpama mentor dan inspirasi buat diri sendiri.
"Falsafah yang dimiliki oleh beliau (Mahathir) amatlah luar biasa dan saya sering cuba mengikut cara dia berfikir dalam melakukan sesuatu perkara," katanya kepada mStar Online.
Shah Rukh ditemui selepas meraikan ulang tahun Mahathir ke-87 yang dianjurkan jenama sut lelaki, Lord's Tailor di Hotel Le Meridien, dekat sini pada malam Jumaat.
Aktor yang merupakan tetamu khas pada majlis tersebut turut menghadiahkan lagu ulang tahun 'belated birthday' dan Kuch Kuch Hota Hai kepada Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Pada majlis tersebut, Shah Rukh berkata, bapa pembangunan negara itu merupakan sahabat karibnya dan dia akan memastikan untuk berjumpa dengan beliau beberapa kali dalam setahun.
Sementara itu, Mahathir yang menyambut hari lahirnya pada 10 Julai lalu berkata, dia gembira apabila aktor tersebut sanggup menghadiri majlis tersebut.
"Terima kasih Shah Rukh kerana sanggup terbang dari London, England untuk bersama dengan saya.
"Kalau nak tahu rahsia untuk kekal awet muda, kita kena sambut hari lahir dua kali setahun macam saya. Baru dapat hadiah banyak," selorohnya ketika memberikan ucapan.
Seramai 200 tetamu daripada kalangan orang kenamaan dan selebriti diundang ke majlis sambutan tersebut.
Antara selebriti yang hadir ialah Umie Aida dan suami Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Eja dan suami, Sofea Jane dan Fizz Fairuz.
Penyanyi Amanda Imani dan Datuk Yusni Hamid menghiburkan tetamu dengan iringan muzik Datuk Mokhzani Ismail.

Gambar-gambar di bawah ni semuanya dari mStar Online...
(Credit to mStar Online)

Bawah ni pula petikan dan gambar dari Shahrukhkhan.org
Guess who we managed to honour last night? Shah Rukh Khan, the King of Bollywood, was conferred The BrandLaureate Legendary Award by the Asia Pacific Brands Foundation for contribution to the Bollywood film industry and as India's foremost brand ambassador. Khan is the undisputed King of Bollywood and is well known as a leading light in the world of entertainment. It is the universal appeal of Datuk Khan that has secured his legendary status and it is thus reflected in the award bestowed upon him.

The award was presented in conjunction with the 87th birthday of Tun Dr Mahathir Mohamad.

The BrandLaureate ‏@brandlaureate

We awarded The BrandLaureate Legendary Award to the King of Bollywood, Shah Rukh Khan@iamsrk! http://fb.me/1pCk18TsH #SRK pic.twitter.com/rt6vPzx1


Yang ni crop dari Twitter Datuk SRK


Till Next Time... ^____^

P/S: Rahsia awet muda = sambut hari lahir dua kali setahun macam Tun M... 
       Haha... comel je tips Tun M...



Thursday 13 December 2012

SHOP >> The Lovely Korea Beauty Premium [Festival City]

Salam semua...

Semalam ML dan MJ pergi Festival City...
Lalu depan shop ni - The Lovely Korea Beauty Premium...
Bila tanya SA, katanya baru buka lebih kurang sebulan...
Bila masuk kedai tu, rasa mewah jer feeling ni... Hikhikhik...
Tengok dari luar pun nampak kemas dan eksklusif gitu...
ML tak terpfikir nak ambil gambar, so gambar dalam post ni semua dari Pak Cik Google lah ye...

Ini info yang ML extract dari Sinar Harian:
  • Lovely Korea Beauty Premium adalah kedai kosmetik Korea pertama di Malaysia dan dunia.
  • Ditubuhkan bersama Kerajaan Korea Selatan, Khidi, Kementerian Kesihatandan Kebajikan (MOHW).
  • Diuruskan oleh The Sops Seoul of VOV Hair & Beauty Sdn Bhd. 
  • Antara 12 jenama adalah Atotheraphy, Beauty Club Red, Hanbul Cosmetics, HBMIC, Imine, Kennedy & Kennedy, Kolmar Korea, Neopharm Co Ltd, SkinCureInc, UCL, Weme International dan Zero to Seven Inc.
Credit to Pak Cik Google
Credit to Pak Cik Google
ML dah berkenan sangat nak beli Water Jell Lotion from Zero to Seven Inc. brand sebab produknya especially formulated for baby which stated that it is formulated without paraben, parfum etc... Since ML pun lebih prefer beli product macam ni, memang tempted sangat nak beli tapi harganya RM79.90 which is for me harganya OK but terikat dengan bajet punya pasal, ML tangguhkan beli... Bau lotion ni pun nice sangat2 kay... Wangi but just nice...

MJ pula nak beli Body Oil from Kolmar Korea brand... Bau dia pun OK la, tak kuat sangat... Harga RM49.90, OK la juga kan... Bila ML tengok list harga untuk range produk Kolmar Korea ni, semuanya mesti bawah RM50. Paling tinggi pun harga RM49.90... So kira berpatutanlah juga harganya....

Kalau dia bagi offer 50% off ke, MAYBE ML & MJ akan beli on the spot, hehehe... Kalau diskaun nak aje kan... Tak apalah... Ada duit lebih kang belilah atau kalau ada yang nak sponsor pun boleh... Haha gediks... 

Dari pemerhatian ML, price range untuk produk-produk di kedai ni OK la... From murah to mahal. Misalnya mask, ada harga RM5.90, kira murahlah kan... Ada produk rambut tu harganya beratus... Dan ada produk tertentu tengah offer separuh harga... So not bad lah kan...

Maaflah ye tak ada gambar produk yang ML nak beli tu... Rajin-rajin, singgahlah kedai ni ye... 

Setakat ni saje entry kali ni... Till then... ^___^

Thursday 29 November 2012

EVENT >> Birthday Eaman

Salam semua... 
Lama ML tak update blog... huhu malas nyer pasal la ni...
Ada banyak post yang ML dah draf, tinggal nak finalise dan publish je...

Anyways, post kali ni ML nak share event terkini ML attend iaitu birthday party anak Kak Mimi, namanya Eaman...

The day before event, ML cari hadiah untuk Eaman kat Wangsa Walk ditemani MJ... Hadiah ni kongsi bayar dengan officemate ML > KakG, Kak Ila, Kak Aifa... Tema hadiah (chewah siap bertema lagi nak bagi hadiah ni) ialah educational and fun... Jalan punya jalan, terjumpalah satu kedai yang memang khusus untuk kanak-kanak... Eaman umur tiga tahun... Puas jugalah nak membelek satu kedai ni... Semuanya nampak menarik je... At last jumpa juga yang berkenan... Then beli gift wrap and card di kedai buku Popular... So inilah hasilnya selepas dibalut cantik-cantik (ceh perasan)...
Hadiah Eaman
Comel kan bear bawa hadiah nie... ^_^

Next day MJ tolong hantar ML pergi The Heritage kat seberang The Mines... Dalam The Heritage tu ada tempat nama Critterland... Tempat ni best untuk kanak-kanak tetapi sayangnya ML tak discover sangat tempat mainan dia... Kalau tak boleh tumpang main sekaki... hehehe...

Tema birthday Eaman > Avengers Eaman Besday Bash!
Inilah hasil kerja keras Kak Mimi sepanjang minggu sebelum birthday Eaman... Cantik kan, cantik kan (^_^)
Critterland
Till next time (^_^)


Wednesday 10 October 2012

FOODS >> SweeTree (Ampang - HALAL Korean Restaurant)

Assalamualaikum semua...

Hari Sabtu 6 Oktober 2012, ML dan MJ pergi makan kat SweeTree (Sweet Tree).. Ni kali ke-3 ML ke sini and 2nd time for MJ... Restoran ni adalah restoran Korea yang HALAL... Jadi silalah datang ye... Founder dia, Mr. Park sangat peramah kay... 

Ni antara menu-menu yang ada...

Masa lalu tempat salad, MJ nampak Mini Brownies ni... Bukan sahaja comel, ia sangat sedap! Just nice, tak manis sangat... Tekstur luar separa rangup dan tekstur dalam moist, seolah-olah berkrim bila masuk mulut tu... Siap tapau 6 biji bawa balik... Satu biji harganya RM0.50... Harga yang sangat ok untuk rasa yang sangat sedap...

Tengok ni, tengok ni... ML order Hot Korean Green Tea dan datangnya macam ni...
Comelkan, comelkan... Unik gitu... Mana nak cari pot + cawan macam ni ye?

MJ order Korean BBQ Beef... Daging ni lembut dan sedap... Terasa perapan rempah tu memang ngam. Umphh!
Ambil lectuce, letak daging BBQ, sos (taktau sos apa, ada rasa macam kuah kacang skit tapi sedap), letak timun, carrot dan cili hiris tu kalau nak rasa pedas atas lecctuce... Dah settle letak semua, wrapkan dan makan! Nyum! Nyum!

Nak makan macam nasi berlauk pon boleh... Stail Melayu makan pakai tangan... ^_^

ML order Kimchi Ji Gae... 1st time order menu ni kat sini...
Puas hati sebab sedap... ML recommend korang try Kimchi Jigae ni...

Dah nak dekat separuh jalan makan, rasa macam tak cukup la pula makanan ni kan (ceh, orang lapar, memang bernafsu nak makan banyak).
Kami pun tambah order Ddukboki Cheese... Sedap...! Ni pun ML recommend korang try...

Ada sorbet tapi sebab kekenyangan sampai senak perut, tak dapatlah order... Maybe next time ye... Ddukbokki tu pun kami bungkus sebab tak habis makan (ni la akibatnya kalau tamak sangat, huhuhu...).

Habis makan tu Mr. Park muncul kat table kami... ML pun sapa dia... Mr. Park ambil satu Teddy Bear yang besar dan beritahu nama teddy bear tu tapi ML tak dapat tangkap... Teddy bear ni ala-ala maskot la... Kami pun bergambar dgn teddy bear ni... Cute kan? Very huggable. Hahaha...

Lepas habis bergambar tu, Mr. Park datang balik ajak kami turun sebab dia nak tunjuk cara buat Korean Candy... MJ dah macam segan-segan sebab tu 1st time dia jumpa Mr. Park tapi ML kata la yang Mr. Park tu memang mesra alam yang amat... So, no need to segan-segan... Layan je Mr. Park ni...

Ni bahan/peralatan nak buat Korean Candy... Senang je rupanya...

Ni corak acuan yang kami pilih...

Nilah hasilnya... Tunggu candy ni mengeras barulah makan... Siap dia ajar bahasa Korea lagi... 
panas = tteugeoun = panas
sejuk = siwonhan = sejuk
suam = tak ingat, hehehe...
Bila candy dah mengeras, Mr. Park kata game nak makan candy tu ialah makan cikit-cikit sampai bentuk yang kami nak tu jadi... Faham tak? Contohnya ML ambil shape bintang kan... So ML kena makan candy tu sedikit demi sedikit sampai ML dapat bentuk bintang tu... So bila kopek sikit-sikit tu, ML kopek dengan hati-hati sebab nak shape bintang tu cantik la konon... =p  


Rating MizzPieces-

Food: 10/10 (setakat ni makanan yang kami rasa semuanya sedap walaupun belum merasa semua makanan dalam menu, hehe...)

Decoration (interior design): 10/10 (sooo gorgeous dan unik daripada yang lain - one of its kind)

Atmosphere: 10/10 (relax and rasa sweet2 je bila makan kat sini)

Ini alamat restoran dan butir-butirnya:

SWEETREE Restaurant 

No.13, L-1.2,Jalan Ampang Putra,

Taman Putra Sulaiman,

68000 Ampang.

Tel: 03-42517242 (For Reservation) 

Business Hours: 
Monday - Saturday : 9.00am - 1.00am
(Off on Sundays)

Thursday 20 September 2012

Tahniah KakiBerangan!!!

Tahniah kepada sahabat ML >>> KakiBerangan

Terkezut gak baca kat entry dia masuk magazine Maskulin...
Makin famous you...
Blog dia berkonsepkan travel blog dan ML personally suka baca blog dia...
Siap follow lagi...
Happy, happy (^_^)

Picture below credit to KakiBerangan
Cover majalah Maskulin
Banyak info dalam blog dia dan boleh jadi rujukan untuk travelling.
So sesiapa yang nak travel tu, rajin-rajinlah singgah blog KakiBerangan.
Tahniah sekali lagi... (^_^)

MOVIE >> Aaja Nachle (2007)

Malam tadi TV2 tayang filem hindustan tajuk AAJA NACHLE dalam slot Bollywood Time on 2... Madhuri Dixit jadi watak utama... Wah!!! Dah lama tak tengok dia berlakon... Best sangat!!! ML excited betul tengok movie ni... Nama tajuk pun Mari Menari, memang buat orang rasa nak menari je lah...ML terlepas tengok 30 minit yang pertama... Tak apalah, nanti nak terus beli CD Aaja Nachle...
Credit to this site
Sinopsis ML~
Dia (Madhuri Dixit) seorang pengajar tarian dan koreografi yang tinggal di New York bersama anak perempuannya, Radha... Satu hari, Dia menerima khabar yang guru tarian beliau di India telah sedang nazak dan setibanya Dia dan anaknya di India, guru itu telah meninggal dunia... Guru itu telah mempertangggungjawabkan Dia untuk mempertahankan Ajanta iaitu tempat seni tarian di Shamli yang terbiar... Apabila mendapat tahu Ajanta akan dirobohkan dan sebuah kompleks membeli-belah akan dibina di tapak Ajanta, Dia berjumpa dengan ahli parlimen kawasan tersebut, Raja Uday Singh (Akshaye Khanna) dan minta supaya tempat itu tidak dirobohkan... Mereka membuat perjanjian di mana dalam masa dua bulan, Dia akan mengadakan satu persembahan teater musikal Laila Majnu yang dibintangi oleh penduduk setempat yakni penduduk Shamli sendiri... Jika Dia gagal buat persembahan tersebut, Ajanta akan dirobohkan... 

Selepas itu, bermulalah pencarian pelakon dan krew teater musikal Laila Majnu... Banyak usaha dan halangan yang Dia tempuh... Setelah Dia dapat pelakon-pelakon untuk persembahan tersebut, ada juga dugaannya...

Pada malam persembahan tersebut, ramai penduduk Shamli datang... Musikal itu telah memukau penonton dengan persembahan mereka dan pada akhir persembahan, penonton bertepuk tangan dengan kuat sekali... Malam itu adalah malam kejayaan buat Dia dan Ajanta selamat daripada dirobohkan...

Dia mengucapkan selamat tinggal kepada bandar Shamli... Dia dan Radha memulakan perjalanan mencari ibu bapa Dia yang telah berpindah ke tempat lain... Hero musikal Laila Majnu, Imran Pathan (Kunal Kapoor) dan heroin musikal, Anokhi Anokhelal (Konkona Sen Sharma) mengajar kelas tarian di Ajanta dan tarian menjadi warisan Shamli sekali lagi...

Boleh juga baca sinopsis di Wikipedia...

Madhuri cantik sangat dalam filem ni... Makeup pun gorgeous gitu... Banyak lagu dengan tarian dalam filem ni dan semuanya best-best belaka... Scene musikal Laila Majnu tu pun best dan touching...

ML bagi 5 Bintang untuk filem ni... (^_^)

Recommended by MizzPieces...

Wednesday 12 September 2012

MOVIE >> Taiwan - New Perfect Two (2012)

Hai semua... ^_^
Malam tadi ML sempat tengok satu movie Taiwan called New Perfect Two... Best sangat... Siap sebak nangis lagi bila scene touching anak beranak ni... Scene kelakar pun ada... Pokoknya memang sangat best! Hen hao! Bila tengok preview iklan movie ni, terus ML macam tertarik untuk tengok... Apa lagi... ML pulun cari kat youtube (ceh pulunlah sangat padahal taip je keyword "perfect two"... hehe...) 
Sinopsis dari ML:-
Movie ni mengisahkan seorang bekas pelumba motor kuasa besar (Han Bin Chen / Ah Bee - lakonan Vic Chou) yang frust dengan wife (Jiawei - lakonan Mini Yang) yang tinggalkan dia... Enam tahun dia tunggu wife dia ni... Dia tampal poster wife dia yang dia lukis sendiri di merata-rata tempat... Jiran (Ma Niu - lakonan Ella Chen) yang suka pada Ah Bee ni yang uruskan household chores dia...  One day, tiba-tiba wife dia muncul... Memang masa jumpa balik tu dia melentinglah tanya kenapa tinggalkan dia semua... Wife dia kata tujuan dia datang nak minta tolong jaga anak dia (Bin Bin - lakonan Xiao Xiao Bin). Anak tu adalah anak kandung Ah Bee... Then, bermulalah journey dia menjaga anak dia... One day, lintah darat kacau Ah Bee dan Bin Bin masa party hari jadi adik Ma Niu... Dia nak rampas basikal yang Ah Bee belikan untuk Bin Bin... Berlakulah pergaduhan dan Bin Bin pun cerita pada mak dia, Jiawei... Jiawei pun decide nak ambil balik Bin Bin dari jagaan Ah Bee dan nak migrate to United States... Nak tahu kesudahannya? Sila tonton movie ni... Recommended by ML... 

Sinopsis dari IMDb (credit to IMDb):-
Ah B (Vic Chou) was once a champion motorbike racer but lost everything in a fixed match. His wife Jiawei (Mini Yang) left him, and he has since abandoned himself to drinking and gambling to pass the days, turning a blind eye to his neighbor Ma Niu (Ella), who quietly admires him from afar. Six years later, Jiawei turns up unexpectedly one day and temporarily puts in his custody a little boy named Bin Bin (Xiao Xiao Bin) - the son he never knew of. This adorable kid manages to melt Ah B's cold hard heart, and the rookie daddy gradually finds the will to pull himself together and recover his wasted life. However, just as Ah B has developed a close, inseparable bond with Bin Bin, Jiawei comes back to take him away with her to the United States.

Recommended?
Yes

Rating
9/10 


Trailer Movie New Perfect Two


Friday 24 August 2012

FOODS >> PopCorn

Hai semua...
Suka makan popcorn tak?
Sekarang ni popcorn flavornya bukan setakat karamel jer...
Ada cheese, ada kopi, ada coklat... Huih, tak terlist semua kat sini...
Jumpa tak jumpa je...
Meh Mizz Lina (ML) nak memperkenalkan GARRET POPCORN...
Location KLCC ye, sebelah Candylicious...
Ada banyak menu popcorn kat sini...
Antaranya The Chicago Mix, Buttery or Plain, Caramel Crisp, CheeseCorn dan Caramel Crisp with Almonds or Cashews or Macadamia...







Favorite ML = Caramel Crisp...
Abang kedai ni dengan baiknya bagi test makan caramel campur cheese iaitu The Chicago Mix...
Mula2 ML pun teragak2 juga...
"Sedap ke campur dua nie?" ML bermonolog dalam hati...
Ah, belasah jer la...
Mmmmm... yummm... Sedapnyer...!!!
Rasa dia masam2 manis...
Cheese tu yang bagi rasa masam and karamel bagi rasa manis...
Tapi tak beli la The Chicagi Mix sebab masa tu dah set nak makan Caramel Crisp...
At the end MJ beli Caramel Crisp...

Sesiapa yang nak merasa kelainan Garret Popcorn ni, silalah singgah di KLCC...
Rasanya Garret Popcorn ni ada cawangan lain tapi ML tak sure kat mana...
Nanti Google la ye... (^_^)


Friday 17 August 2012

Banned Dalina Design

Kisahnya kedai ni ramai yang dah terkena termasuk officemates Mizz Lina (ML)... Sedih tau... Dah nak raya ni tapi baju raya tak siap lagi... Hantar kain beberapa bulan sebelum puasa/raya tapi tak siap2 sampai laa ni... Memang la ML tak kena tapi ML sebagai teman, tak puas hati la jugak... 

So sebelum orang lain terkena, harap ada yang jumpa entry ML ni sebelum hantar kain kat sana. Lagi bagus baca entry Kak Mimi ni... Lagi detail ceritanya... Berhati2 lah ye... Seperti kata Kak Mimi "bkn nak berniat nak tabur periuk nasi org dgn pasir tp dia sndri yg tabur pasir dlm periuk nasi sdri...dan juga supaya korang berhati2 dan berjaga2 jerlah..."

Ada satu komen dalam blog Kak Mimi ni... Dia nak nak kahwin akhir bulan ni... Hantar baju kat Dalina Design ni dari bulan Februari... Siap bayar deposit lagi... Adoi... Kesian sangat kat dia... 

ML selalu beli siap jer... So far confident dengan tailor peribadi iaitu nenek ML sendiri... Tetapi beliau dah bertahun2 tak leh menjahit sebab biasa la...mata dah kurang jelas, jari macam dah numb sikit... Tak apalah Wan... Yang penting Wan sihat... <3
Credit to Kak Mimi
p/s: kalau ada tailor yang bagus2 di luar sana, harap dapat recommend kat ML ye...

Tuesday 14 August 2012

HIJAB >> Inner Neck Arzu dan Inner Arzu

Assalamualaikum dan hai...

Mizz Lina (ML) baru2 ni beli Inner Neck Arzu dan Inner Arzu.
Beli kat mana?
Beli kat KLCC, kat bahagian tengah2 tu yang ada banyak 
kiosk2 kecik sepanjang Ramadhan ni.
KLCC decorate centercourt tu dengan rumah kampung...
Cantik sangat...
Antara butik yang buka kiosk kat tengah tu ialah Arzu dan Hajaba.

Mula2 nak tengok2 je inner neck sebab memang dah lama nak ushar tapi MJ pula dok provok kata nak datang bukan senang, so kena beli masa tu gak...
Dah la masa tu lom gaji...
ML pun termakan la ke'provok'kan MJ...
Tapi...ML dera MJ dengan suruh dia testing inner neck tu...
Saja malas nak buka tudung sendiri untuk testing... hehehe...
Tengok MJ pakai elok je, ML pun beli lah satu warna krim putih...

Inner neck ni sedap pakai...
Material kurang pasti (maybe cotton campuran), strechable dan berawning lembut...
Tapi agaknya bentuk muka ML tak sesuai dengan inner neck ni, awning dia tak cantik terbentuk... huhuhu... --_--
Ada tak tips nak kasi awning lembut ni terbentuk cantik?
Kalau sembur fabric starch boleh ke?
ML tak pernah pakai fabric starch...

Yang syoknya, selang sehari dua pastu, ML dan MJ datang lagi kat KLCC...
Masa tu dah gaji, ML pun saja gatai-gatai nak ushar lagi kat kiosk Arzu...
Dah tak nak beli inner neck dah...
ML ushar inner pulak...
Ingatkan inner dia jenis yang berlubang kat dua2 hujung, rupanya tidak...
Dia macam serkup tudung yang biasa kita pakai warna putih tu...
Alaaa...yang beli kat Mydin tu... (macam la semua orang beli kat Mydin kan =p)

Memang selesa la pakai inner ni...
Material cotton and strechable...
ML beli tiga warna > hitam, krim, oren...
Pilihan warna memang banyak...
Masa nak pilih tu memang rambang mata...
Macam nak beli je semua color yang ada tu... (nampak sangat tamak ye... huhu...)
Packaging in plastic zip
Warna : Hitam, Jingga, Krim
Bila buka, macam serkup/anak tudung biasa - tak ada lubang-lubang macam serkup yang beili kat Mydin tu... ^_^




p/s: hari ni pakai inner Arzu pergi kerja... ^_^
nanti ML upload gambar ye...