Pages

Labels

Thursday 20 September 2012

MOVIE >> Aaja Nachle (2007)

Malam tadi TV2 tayang filem hindustan tajuk AAJA NACHLE dalam slot Bollywood Time on 2... Madhuri Dixit jadi watak utama... Wah!!! Dah lama tak tengok dia berlakon... Best sangat!!! ML excited betul tengok movie ni... Nama tajuk pun Mari Menari, memang buat orang rasa nak menari je lah...ML terlepas tengok 30 minit yang pertama... Tak apalah, nanti nak terus beli CD Aaja Nachle...
Credit to this site
Sinopsis ML~
Dia (Madhuri Dixit) seorang pengajar tarian dan koreografi yang tinggal di New York bersama anak perempuannya, Radha... Satu hari, Dia menerima khabar yang guru tarian beliau di India telah sedang nazak dan setibanya Dia dan anaknya di India, guru itu telah meninggal dunia... Guru itu telah mempertangggungjawabkan Dia untuk mempertahankan Ajanta iaitu tempat seni tarian di Shamli yang terbiar... Apabila mendapat tahu Ajanta akan dirobohkan dan sebuah kompleks membeli-belah akan dibina di tapak Ajanta, Dia berjumpa dengan ahli parlimen kawasan tersebut, Raja Uday Singh (Akshaye Khanna) dan minta supaya tempat itu tidak dirobohkan... Mereka membuat perjanjian di mana dalam masa dua bulan, Dia akan mengadakan satu persembahan teater musikal Laila Majnu yang dibintangi oleh penduduk setempat yakni penduduk Shamli sendiri... Jika Dia gagal buat persembahan tersebut, Ajanta akan dirobohkan... 

Selepas itu, bermulalah pencarian pelakon dan krew teater musikal Laila Majnu... Banyak usaha dan halangan yang Dia tempuh... Setelah Dia dapat pelakon-pelakon untuk persembahan tersebut, ada juga dugaannya...

Pada malam persembahan tersebut, ramai penduduk Shamli datang... Musikal itu telah memukau penonton dengan persembahan mereka dan pada akhir persembahan, penonton bertepuk tangan dengan kuat sekali... Malam itu adalah malam kejayaan buat Dia dan Ajanta selamat daripada dirobohkan...

Dia mengucapkan selamat tinggal kepada bandar Shamli... Dia dan Radha memulakan perjalanan mencari ibu bapa Dia yang telah berpindah ke tempat lain... Hero musikal Laila Majnu, Imran Pathan (Kunal Kapoor) dan heroin musikal, Anokhi Anokhelal (Konkona Sen Sharma) mengajar kelas tarian di Ajanta dan tarian menjadi warisan Shamli sekali lagi...

Boleh juga baca sinopsis di Wikipedia...

Madhuri cantik sangat dalam filem ni... Makeup pun gorgeous gitu... Banyak lagu dengan tarian dalam filem ni dan semuanya best-best belaka... Scene musikal Laila Majnu tu pun best dan touching...

ML bagi 5 Bintang untuk filem ni... (^_^)

Recommended by MizzPieces...

0 comments:

Post a Comment