Pages

Labels

Thursday 20 September 2012

Tahniah KakiBerangan!!!

Tahniah kepada sahabat ML >>> KakiBerangan

Terkezut gak baca kat entry dia masuk magazine Maskulin...
Makin famous you...
Blog dia berkonsepkan travel blog dan ML personally suka baca blog dia...
Siap follow lagi...
Happy, happy (^_^)

Picture below credit to KakiBerangan
Cover majalah Maskulin
Banyak info dalam blog dia dan boleh jadi rujukan untuk travelling.
So sesiapa yang nak travel tu, rajin-rajinlah singgah blog KakiBerangan.
Tahniah sekali lagi... (^_^)

MOVIE >> Aaja Nachle (2007)

Malam tadi TV2 tayang filem hindustan tajuk AAJA NACHLE dalam slot Bollywood Time on 2... Madhuri Dixit jadi watak utama... Wah!!! Dah lama tak tengok dia berlakon... Best sangat!!! ML excited betul tengok movie ni... Nama tajuk pun Mari Menari, memang buat orang rasa nak menari je lah...ML terlepas tengok 30 minit yang pertama... Tak apalah, nanti nak terus beli CD Aaja Nachle...
Credit to this site
Sinopsis ML~
Dia (Madhuri Dixit) seorang pengajar tarian dan koreografi yang tinggal di New York bersama anak perempuannya, Radha... Satu hari, Dia menerima khabar yang guru tarian beliau di India telah sedang nazak dan setibanya Dia dan anaknya di India, guru itu telah meninggal dunia... Guru itu telah mempertangggungjawabkan Dia untuk mempertahankan Ajanta iaitu tempat seni tarian di Shamli yang terbiar... Apabila mendapat tahu Ajanta akan dirobohkan dan sebuah kompleks membeli-belah akan dibina di tapak Ajanta, Dia berjumpa dengan ahli parlimen kawasan tersebut, Raja Uday Singh (Akshaye Khanna) dan minta supaya tempat itu tidak dirobohkan... Mereka membuat perjanjian di mana dalam masa dua bulan, Dia akan mengadakan satu persembahan teater musikal Laila Majnu yang dibintangi oleh penduduk setempat yakni penduduk Shamli sendiri... Jika Dia gagal buat persembahan tersebut, Ajanta akan dirobohkan... 

Selepas itu, bermulalah pencarian pelakon dan krew teater musikal Laila Majnu... Banyak usaha dan halangan yang Dia tempuh... Setelah Dia dapat pelakon-pelakon untuk persembahan tersebut, ada juga dugaannya...

Pada malam persembahan tersebut, ramai penduduk Shamli datang... Musikal itu telah memukau penonton dengan persembahan mereka dan pada akhir persembahan, penonton bertepuk tangan dengan kuat sekali... Malam itu adalah malam kejayaan buat Dia dan Ajanta selamat daripada dirobohkan...

Dia mengucapkan selamat tinggal kepada bandar Shamli... Dia dan Radha memulakan perjalanan mencari ibu bapa Dia yang telah berpindah ke tempat lain... Hero musikal Laila Majnu, Imran Pathan (Kunal Kapoor) dan heroin musikal, Anokhi Anokhelal (Konkona Sen Sharma) mengajar kelas tarian di Ajanta dan tarian menjadi warisan Shamli sekali lagi...

Boleh juga baca sinopsis di Wikipedia...

Madhuri cantik sangat dalam filem ni... Makeup pun gorgeous gitu... Banyak lagu dengan tarian dalam filem ni dan semuanya best-best belaka... Scene musikal Laila Majnu tu pun best dan touching...

ML bagi 5 Bintang untuk filem ni... (^_^)

Recommended by MizzPieces...

Wednesday 12 September 2012

MOVIE >> Taiwan - New Perfect Two (2012)

Hai semua... ^_^
Malam tadi ML sempat tengok satu movie Taiwan called New Perfect Two... Best sangat... Siap sebak nangis lagi bila scene touching anak beranak ni... Scene kelakar pun ada... Pokoknya memang sangat best! Hen hao! Bila tengok preview iklan movie ni, terus ML macam tertarik untuk tengok... Apa lagi... ML pulun cari kat youtube (ceh pulunlah sangat padahal taip je keyword "perfect two"... hehe...) 
Sinopsis dari ML:-
Movie ni mengisahkan seorang bekas pelumba motor kuasa besar (Han Bin Chen / Ah Bee - lakonan Vic Chou) yang frust dengan wife (Jiawei - lakonan Mini Yang) yang tinggalkan dia... Enam tahun dia tunggu wife dia ni... Dia tampal poster wife dia yang dia lukis sendiri di merata-rata tempat... Jiran (Ma Niu - lakonan Ella Chen) yang suka pada Ah Bee ni yang uruskan household chores dia...  One day, tiba-tiba wife dia muncul... Memang masa jumpa balik tu dia melentinglah tanya kenapa tinggalkan dia semua... Wife dia kata tujuan dia datang nak minta tolong jaga anak dia (Bin Bin - lakonan Xiao Xiao Bin). Anak tu adalah anak kandung Ah Bee... Then, bermulalah journey dia menjaga anak dia... One day, lintah darat kacau Ah Bee dan Bin Bin masa party hari jadi adik Ma Niu... Dia nak rampas basikal yang Ah Bee belikan untuk Bin Bin... Berlakulah pergaduhan dan Bin Bin pun cerita pada mak dia, Jiawei... Jiawei pun decide nak ambil balik Bin Bin dari jagaan Ah Bee dan nak migrate to United States... Nak tahu kesudahannya? Sila tonton movie ni... Recommended by ML... 

Sinopsis dari IMDb (credit to IMDb):-
Ah B (Vic Chou) was once a champion motorbike racer but lost everything in a fixed match. His wife Jiawei (Mini Yang) left him, and he has since abandoned himself to drinking and gambling to pass the days, turning a blind eye to his neighbor Ma Niu (Ella), who quietly admires him from afar. Six years later, Jiawei turns up unexpectedly one day and temporarily puts in his custody a little boy named Bin Bin (Xiao Xiao Bin) - the son he never knew of. This adorable kid manages to melt Ah B's cold hard heart, and the rookie daddy gradually finds the will to pull himself together and recover his wasted life. However, just as Ah B has developed a close, inseparable bond with Bin Bin, Jiawei comes back to take him away with her to the United States.

Recommended?
Yes

Rating
9/10 


Trailer Movie New Perfect Two